Resepi nugget kentang mudah untuk anak ramai, cuma guna 6 bahan je..murah dan jimat

Kentang adalah salah satu bahan masakan yang serbaguna dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis hidangan. Dari sup ayam hingga kari, kebanyakan orang sering menggunakan kentang sebagai pelengkap.

Bahkan, ada yang menggabungkan kentang dalam hidangan seperti masakan sardin.

Bagi mereka yang gemar makan kentang, biasanya mereka akan suka makan snek yang berasaskan kentang seperti kerepek kentang, atau kentang goreng.

Snek-snek ini sering menjadi pilihan utama di kalangan peminat kentang kerana mereka menawarkan rasa dan tekstur yang serupa.

Bagaimana pula dengan nugget kentang? Mungkin ada yang belum pernah mencubanya.

Jadi kali ini, saya ingin berkongsi resepi dari seorang pengguna TikTok, @_onlyfiey, seperti yang tertera di bawah ini.

@_onlyfiey

Jom Buat Potato Snack untuk Minum petang Ini. Korang suka makan kentang tak kat sini? Kentang ni boleh masak pelbagai hidangan tau! Antaranya mashed potato, fritters dan pelbagai lagi! So today Fie nak share cara untuk buat potato nuggets! Bahan-bahan : 4 biji kentang sederhana 3 sudu besar tepung jagung 5 sudu besar tepung gandum Garam, aji and lada hitam Cara-cara: 1. Kupas kentang dan potong dan kukus sehingga lembut, potong kecil lagi mudah empuk, boleh letak garam sikit. 2. Toskan kentang dan lecek, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam / optional. 3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, gaul sebati. 4. Rehatkan doh sekejap dalam peti ais 5. Keluarkan doh dan panaskan minyak. Bentukkan doh seperti di video. 6. Goreng doh pada minyak panas, minyak biar banyak sikit. 7. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Selamat mencuba! #potatosnacks #potatosnack #potatosnacksideas #foodies #foodie #resepimudah #simplerecipe #snackideas #resepisimple

♬ What It Is (Block Boy) – Sped Up – Doechii
Tiktok

Bahan-Bahan: 

Gunakan empat biji kentang bersaiz sederhana.

Kemudian, kita juga memerlukan tiga sudu besar tepung jagung dan lima sudu besar tepung gandum.

Bahan seterusnya adalah garam, perasa makanan, dan lada hitam.

Cara buat nugget kentang:

Pertama sekali, kupas kulit kentang terlebih dahulu. Kemudian, potong kentang. Potongan lebih kecil lebih baik kerana ia membantu kentang untuk masak lebih cepat dan lembut.

Kemudian, rebus kentang sehingga ia menjadi empuk. Kemudian, toskan kentang dan lecekkan hingga hancur.

Tambahkan garam, perasa makanan dan lada hitam pada kentang.

Selepas itu, tambahkan tiga sudu besar tepung jagung dan lima sudu besar tepung gandum ke dalam bekas kentang yang telah dilecekkan.

Gaulkan semuanya sehingga tercampur rata, dan rehatkan doh dalam peti sejuk seketika. Kemudian, panaskan minyak.

Pastikan minyak lebih sedikit supaya nugget boleh tenggelam sepenuhnya dalam minyak.

Sementara kita sedang memanaskan minyak, keluarkan doh tadi dan bentuk doh itu menjadi segi empat.

Setelah kita membentuk doh, gorengnya dalam minyak yang panas sehingga ia menjadi keemasan kuning.

Setelah digoreng, toskan nugget kentang untuk mengeluarkan minyak berlebihan, dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Mahu nama anak terlalu ‘amat’ panjang diterima, bangsawan nekad buat kecoh di pejabat daftar