Resepi sahur paling mudah, bukan takat goreng telur

Makan ketika sahur amatlah penting untuk membuatkan perut kita tahan lebih lama sepanjang kita berpuasa. Antara menu yang paling simple dan cepat adalah menggunakan telur. Selain kaya dengan protein, telur ini senang didapati di mana-mana kedai. Ini adalah resipi telur yang anda boleh gunakan untuk puasa kali ini.

1 Telur Goreng Ala Kedai Tomyam

Bahan-bahan :
– 3 biji telur ayam
– Separuh biji bawang besar
– 1 sudu tepung beras
– Garam

Cara-cara :
1. Pecahkan telur dan bawang besar ke dalam mangkuk.
2. Campurkan 1 sudu besar tepung beras dan sedikit garam.
3. Pukul telur sampai sebati.
4. Goreng telur dengan minyak yang banyak.

2 Sup Telur Chinese Style

Bahan utama:

  •  Bawang putih (cincang halus)
  •  Halia (cincang halus)
  •  Kiub pati ayam (tiada MSG)
  •  Filamen ketam (dihiris nipis)
  •  Telur ayam (dibancuh)
  •  Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang bersama daun bawang dan minyak bijan.
3 Telur Masak Kicap

Bahan-bahan : (utk 4 biji telur)
*2 ulas bwg putih
*2 hiris nipis halia
*1/2 biji bawang besar
*sedikit lada hitam
•2 sudu cili blender
•sedikit lada sulah
•sedikit shj sos cili
•kicap
•cili padi di ketuk (ikut sebanyak mana anda mahu)
•hirisan bwg besar (ikut sebanyak mana anda mahu)
•garam dan gula
Cara-cara :
1. Bahan2 yg bertanda *** ditumbuk rencah-rencah sahaja, kalau nak hancur pun boleh.
2. Selepas itu bolehlah ditumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan cili blender, sos cili, kicap dan lada sulah.
4. Masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan. Ini kerana kita nak biarkan kuah menggelegak masak.
5. Masukkan cilipadi dan hirisan bawang merah. Masa ni bolehlah nak tambah perasa ikut kesesuaian anda.
6. Akhir sekali masukkan telur yang digoreng.
7. Tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng.
4 Resepi Telur Masam
 
Bahan-bahan :
  • Telur
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Biji sawi
  • Asam jawa
  • Timun
  • Cili merah
  • Cili padi


Cara-cara :
1. Telur yang dah direbus, kopek kulit dan goreng sekejap dan letak di tepi.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong. Masukkan
sedikit biji sawi.
3. Masukkan air asam jawa. Jangan berkuah sangat. Agak-agak sahaja.
4. Dah menggelegak masukkan telur goreng tadi, timun, cili merah, cili padi
dan bawang besar.
5. Masukkan garam dan sedikit gula.
6. Rasa masin masam secukupnya dan siap.

5 Telur Masak Palembang

Bahan-Bahan:
  • 10 biji telur ayam- di rebus
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar

Bahan Tumis :
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris
2 ulas bwng putih-hiris

Cara Memasak :
1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kupas telur dan kelar sikit telur putihnya.
2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yang dititik sehingga pecah minyak.
3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
5. Biarkan masak hingga telur digaul sepenuhnya. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
6. Masukkan kerisek dan gaul rata. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba resipi senang ini di bulan Ramadan.

COMMENTS