Resipi masakan western yang senang untuk dimasak di rumah

Oleh Admin 02

Resipi masakan western yang senang untuk dimasak di rumah. Pastinya kita inginkan kelainan setiap kali berbuka, anda boleh cuba resipi masakan western ini.

Masakan western mengambil lebih banyak masa berbanding dengan masakan yang biasa kita masak namun hasilnya pasti memuaskan. 

Tambahan waktu pandemik ini, pastinya ramai yang kurang gemar membawa anak makan di luar kerana bimbang dijangkiti virus. Ini adalah perkongsian resipi yang anda boleh lakukan buat diri anda dan keluarga.

1 Lasagna Cheese

BAHAN-BAHAN:

  • Kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • Parutan keju mozarella, secukupnya
  • Serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan untuk sos bolognaise:

  • 300 gram daging atau ayam kisar
  • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
  • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
  • 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar cheesedale
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • lada putih dan garam secukup rasa
  • Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

CARA PENYEDIAAN:

Cara untuk masak sos bolognaise:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar.
  • Kacau sehingga daging kering airnya.
  • Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego.
  • Masak sehingga karot lembut.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Tambahkan air jika kuah kering.
  • Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.
  • Cara untuk memasak sos putih:
  • Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil.
  • Apabila cair masukkan tepungandum dan kacau sebati.
  • Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese.
  • Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam.
  • Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  • Angkat dan sejukkan

Cara untuk membuat lasagna:

  • Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat.
  • Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  • Kemudian tuang sos bolognese, ratakan.
  • Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  • Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.

 

2 Chicken Chop

Bahan utama

  • 8 keping ayam bahagian ‘whole leg’ atau bahagian dada. Bersih dan toskan ia.
  • Bahan-bahan perasa
  • Sedikit daun parsley kering (pilihan)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan salutan tepung

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 biji telur
  • ‘Breadcrumbs’ secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng tenggelam secukupnya

Kaedah:

  1. Mula-mula perasakan ayam dengan bahan-bahan perasa.
  2. Perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam didalam petiais.
  3. Kemudian celupkan ayam didalam telur sebelum menyalut tepung dan kemudian dengan ‘breadcrumb’.
  4. Dengan minyak yang banyak dan sederhana panas, goreng ayam hingga berwarna keemasan.
  5. Siap.

Resepi Kuah Black Pepper

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu makan lada hitam yang telah dikisar halus (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 ketul kiub ayam Maggi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan butter
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

Kaedah:

  1. Mula-mula cairkan butter.
  2. Kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau segera.
  4. Segera masukkan air dan kacau hingga tepung tadi larut.
  5. Masukkan kiub ayam dan biarkan ia larut.
  6. Tambahkan lada hitam, sos tiram dan sedikir kicap untuk warna yang lebih hitam.
  7. Masak sehingga pekat, tambah garam secukup rasa kerana kuah ini telah ditambah sos tiram dan kuib ayam.
  8. Siap untuk dimakan bersama chicken chop.

 

3 Makaroni Cheese

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus makaroni (rebus empuk)
  • 4 keping slice cheese (mozzarella atau cheddar)
  • ½ kotak susu full cream
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar butter
  • 3 batang sosej yang dihiris
  • Mozzarella parut (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah:

  1. Mula-mula panaskan kuali dan masukkan butter.
  2. Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih.
  3. Kemudian tumiskan sisej yang telah dihiriskan.
  4. Kemudian tuangkan susu full cream dan masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata.
  6. Masukkan pula kepingan cheese, saya guna cheddar cheese.
  7. Gaul rata dan tambahkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
  8. Akhir sekali, sejurus sebelum dihidang tambahkan parutan cheese mozzarella.
  9. Siap!

4 Sup Cendawan dan Garlic Bread

Bahan-bahan:

Sup Cendawan

  • 5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
  • Separuh bawang holland (dadu kecil),
  • 2 ulas bawang putih (minced/potong halus),
  • Butter 2 sudu (untuk menumis),
  • Susu segar,
  • Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
  • Garam dan daun parsley flakes (pilihan)

Croutons

  • Roti sekeping
  • Butter

Garlic Bread

  • Butter suhu bilik,
  • Parsley flakes
  • Minced garlic (bawang putih hancur)

Langkah-langkah:

Sup Cendawan

  1. Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  2. Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.
  3. Masukkan bawang putih dan tumis semua.
  4. Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau. (Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  6. Perasa dengan garam.
  7. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

  1. Sapu butter atas lapisan roti.
  2. Potong kecik-kecik
  3. Sapu lapisan tray dengan butter
  4. Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.
    *croutons boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

  1. Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.
  2. Sapu atas roti.
  3. Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah
  4. Siap

Baca Juga: Terung berlado makan dengan nasi putih panas-panas, resepi ringkas je tapi sedap

Baca Juga: Mahu jimat gas ketika rebus nasi impit, suri rumah ini kongsi bagaimana caranya