Resipi pemanis mulut yang senang untuk dilakukan di rumah, tak perlu beli lagi

Resipi pemanis mulut yang senang untuk dilakukan di rumah, tak perlu beli lagi di kedai. Pastinya ada antara kita yang teringin nak masak namun tiada resipi yang boleh diikuti.

Ini adalah antara resipi pemanis mulut yang anda boleh lakukan pada hari raya nanti.

Resepi Tornado Chocolate Cheese Cake

(A) Kek Coklat
-1 cwn susu pekat*
-1 cwn susu cair*
-1 cawan butter cair / minyak jagung*
-1 cawan cocoa powder*
-1 cawan gula*
-1/2 tsp garam*
-4 biji telur saiz sederhana
-1 cawan tepung gandum
-1 sdt rata serbuk penaik
-1 sdt rata soda bikabornat
-1 sdt esen vanilla

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati.
  2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih)
  3. Tutup api, rehatkan sebentar.
  4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
  5. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
  6. Tuang ke dalam loyang bersize lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus .

(B) Cream cheese
-250 gram cream cheese (suhu bilik)
-200ml Dairy whipping cream (sejuk)
-2 sdb susu pekat
Cara-cara:
Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang, masukkan whipping cream, puku hingga gebu.

(C) Chocolate ganache
-250 gram Beryls dark choc
-250ml Dairy Awhipping cream
-2 sudu besar mentega
Cara-cara:
Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih), tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.

Cara susun:

  • Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga . Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga mentupi kesemua bahagian kek dan cheese. Akhir sekali, tabur choc flakes/choc nibs/choc rice (ikut suka). Sejukkan.

Kredit: sarina seman

 

Resepi Pulut Sekaya 

Lapisan Hijau (Atas)

  1. Dua cawan setengah santan (tak pekat sangat tak cair sangat)
  2. Satu cawan suku gula
  3. 3 bji telur (Saya guna Gred B)
  4. Separuh cawan air pandan (Mesin pandan dan perah untuk warna hijau)
  5. 1 cawan tepung gandum
  6. Sedikit tepung jagung (Boleh ganti tepung ubi jika tiada)
  7. Secubit garam
  8. Kulit kayu manis(x nk letak pon x pa)
  9. 1-2 titik pewarna hijau(x masuk pun xpa)

Cara buat
Masak pulut dulu. Sementara tunggu pulut kukus, boleh mulakan blend semua bahan dan kacau sampai sebati. Tapis dalam periuk dan kikis sikit kulit kayu manis. Masak dalam 4-5minit dan tuang ke atas pulut. Okay mesti kena ada pulut kan? Jom tengok mcm mana nak masak pulut.

Lapisan Pulut (Bawah)

  1. Tiga cawan beras pulut (nak cepatkan masak, rendam 1 jam)
  2. Satu 3/4 cawan santan (tak pekat sangat tak cair sangat)
  3. Secubit garam

CARA-CARA:

  • Lepas dah rendam, toskan beras pulut.
  • Masak pulut dengan santan + garam dan kacau (jangan biar) sampai sedikit masak (warna pulut bertukar keemasan).
  • Alihkan kedalam loyang tak kisah size asalkan muat dan kukus lagi selama 10 minit sehingga betul-betul masak.
  • Bila dah masak, guna sudu dan mampatkan pulut.
  • Jangan padamkan api, curah adunan lapisan atas ke atas pulut dan kukus lagi sehingga bahagian atas masak dan keras.

 

Mango Sago Pudding

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan pudding:

  • 1/4 cawan sago
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan puri mangga:

  • 1 biji mangga
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1/4 cawan santan
  • 1 sudu kecil gula melaka

Bahan-bahan (topping):

  • Daun pudina
  • Kelapa parut kering

CARA PENYEDIAAN:

  1. Untuk pudding sago, didihkan 1 1/2 santan bersama gula melaka dan esen vanilla.
  2. Masukkan sago dan biar masak 7 minit.
  3. Apabila sago mula menjadi kering, tambahkan 1/2 cawan santan dan biar masak selama 7 minit.
  4. Apabila sago sudah masak, sejukkan selama 30 minit.
  5. Untuk puri mangga, kisar mangga, jus limau, gula melaka dan santan. Sejukkan 30 minit.
  6. Di dalam gelas hidangan, tuangkan puri mangga, diikuti dengan pudding sago dan kemudian puri mangga balik semula.
  7. Hiasi dengan kelapa parut kering dan daun pudina jika mahu.
  8. Siap untuk dihidang!

Baca Juga: 5 resipi kerabu yang patut anda cuba

Baca Juga: Rupanya ini keadaan kurma dari ladang, wanita ingatkan kenapa kena basuh dulu sebelum makan