Kebersihan merupakan antara faktor yang patut dititik beratkan apabila membuka kedai makan atau restoran. Pernahkah anda terbayang kehadiran tikus di kedai makan terkenal dan berada dalam pusat membeli-belah?
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Azwinshafinaz telah berkongsi tangkap layar Instastory Sarah Shimmers yang memaparkan tikus berkeliaran di kedai makan Teppanyaki, Pavilion Kuala Lumpur.
#pavillionKL dont take this likely! Rat urine can cause death to people. Even more disgusting it happened during service time π€’ she informed the workers on this, what did they do? They just stare at it and laughed! Not shoo-ing or close service! But Laughed pic.twitter.com/x3d0Q48LjK
— Azwin Shafinaz (@Azwinshafinaz) December 7, 2021
Menerusi perkongsian tersebut, Sarah telah memberitahu pekerja di sana bahawa terdapat tikus tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh pekerja tersebut. Sarah berasa kecewa kerana sewajarnya pekerja kedai itu melakukan sesuatu apabila melihat kehadiran tikus-tikus itu.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terkejut melihat tikus berkeliaran di dapur. Malah, para netizen juga berharap pihak pengurusan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan agar kedai tersebut membersihkan kawasan kedai.
RATS ?!? EEEWWWWWW macamana diorang serve orang makan dengan rats berkeliaran at the dapur??? This is super disgusting istg https://t.co/GkJgoEf6ub
— ,, (@nfnabilaaa) December 7, 2021
Like seriously ? How can those rats appear during service time like that π€’ https://t.co/6CLN1BiyD6
— πΎππ π€π₯ (@crystalaesy) December 7, 2021
Bukan itu sahaja, ada juga yang secara berseloroh mengatakan sudah seperti filem Ratatouille dimana Remy iaitu tikus yang menyediakan makanan. Oleh itu, makanan tersebut rasa βsedapβ.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahaya apabila ada tikus di kawasan dapur kerana boleh mengakibatkan penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis lalu membawa maut.
sumber : https://www.thevocket.com/tikus-berkeliaran-di-kedai-makan-pavilion-kl-wanita-ini-kecewa-pekerja-abaikan-aduannya/