Rakyat Malaysia khususnya umat islam diwajibkan untuk makan makanan yang tidak syubhah. Untuk itu, wajib untuk kita periksa restoran terkenal yang kita makan mempunyai sijil halal.
Baru-baru tular tentang surat maklum balas JAKIM berkaitan isu status halal premis makanan yang mengundang reaksi pelbagai pihak.
Terbaru JAKIM tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut dengan memaklumkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM untuk status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.
Justeru itu, masyarakat boleh menyemak sendiri status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh di Portal Halal Malaysia.
Baca: Polis bantuan raba pelajar UiTM, “suspek letak tangan sehingga berair..”