Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini diarahkan untuk mempercepatkan proses untuk mendapatkan sijil halal daripada 23 hari kepada 15 hari.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, desakan itu tidak mustahil dan boleh dicapai memandangkan sebelum ini Jakim mampu memendekkan tempoh pemprosesan dari 30 hari ke 23 hari tahun lepas.
“Ini merupakan kejayaan cukup baik dan tentunya selepas Halal On Track (HOT) ini dilancarkan, diharapkan lebih banyak kelulusan permohonan sijil halal dapat diluluskan.
“Saya sudah arahkan MARA memperuntukkan RM5 juta setahun untuk bantu pemohon (persijilan halal) mengikuti model bimbingan Jakim supaya permohonan persijilan halal dapat dikeluarkan dalam tempoh masa singkat.
“Sekiranya Jakim dibantu dengan model bimbingan ini sudah pasti sijil halal dapat diberi kelulusan bukan setakat 23 hari malah saya cabar Jakim dapat keluarkan (sijil halal) dalam tempoh 15 hari bekerja selepas ini,” katanya.
Pada 13 Oktober tahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal kepada 30 hari daripada 51 hari sebelum ini.
Baca juga: Sah peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri mulai Selasa, “Saya ada alasan kukuh