Result SPM 10A tapi gaji kecik, individu terkedu ibu kuat ungkit sampai mental goyah

Umum mengetahui minggu lepas baru sahaja kita dikejutkan dengan pelbagai kisah suka duka keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2023.

Sejak diumumkan 27 Mei lalu, media sosial dibanjiri dengan kisah warga maya yang turut ingin berkongsi kisah serta kenangan mereka.

Tidak terkecuali seorang pengguna media sosial ini yang turut berkongsi luahannya di laman X.

Biarpun bukan salah seorang daripada batch SPM 2023, namun dia turut terkena tempias apabila ibunya mengungkit keputusan peperiksaannya yang diambil 10 tahun lalu.

“Hari ini mak aku tengok artikel pasal ramai pelajar cemerlang gagal dalam dunia pekerjaan.

“Kemudian dia forward dekat aku dan kata… macam hang la ni. Padahal SPM aku 10 tahun lepas.

“Iya aku dapat 10A berkenaan. tapi sekarang gaji cuma RM2,500,” tulisnya dalam ciapan di laman sosial.

Individu tersebut turut berkongsi perasaannya dimana perkongsian ibu itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya sedih.

“Doakan aku kuat mental setelah lama bertahan,” tulisnya lagi.

Ciapannya mendapat lebih daripada 1,100 ulang kicau dan dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Sebahagian besar daripada mereka menyatakan rasa simpati terhadap situasi yang dialaminya dan memberikan kata-kata semangat kepada pelayar tersebut.

Baca juga: Kecoh suami Bunga Citra Lestari songlap duit hampir RM1.7 juta?