Kisah seorang Abang Foodpanda baru-baru ini telah menggempar kita bahkan boleh dikatakan rezekinya datang mencurah-curah selepas kejadian itu.
Malah pada kali ini pula beliau telah ditawarkan pekej umrah oleh Hafiz Travel Agensi namun beliau menolak dan diganti oleh kedua ibu bapanya.
Alhamdulillah. Apa agaknya amalan yang diamalkan oleh beliai yang dikenali sebagai Muhammad Shahrul Shah dari Sungai Pelek itu?
Beliau yang tular di media sosial kerana didakwa terpaksa berjalan untuk menyerahkan pesanan yang dikendalikannya selepas motosikal dia disita dalam satu sekatan jalan raya.
Dalam pada itu, satu video terkini jalil_razak di TikTok beliau telah menghubungi Shahrul dan menyatakan hasratnya untuk mengajaknya bagi menunaikan umrah namun beliau enggan.
Sebaliknya Shahrul tidak mampu untuk pergi kerana beberapa kekangan dan dia telah memberi pakej umrah itu kepada kedua ibu bapanya.
“Apa pun dia ni dahulukan kepada mak ayah dia itulah amalan dia,”kata Jalil.
Sejak video berkenaan menjadi tular, ia menuai pelbagi komentar daripada netizen. Rata-rata meninggalkan komen yang berbelah bahagi dengan situasi yang terpaksa dilalui penghantar makanan berkenaan. Ikuti video ini.