Seorang bapa terkejut apabila menemui seekor ikan yang mempunyai barisan gigi yang nampak seperti gigi manusia ketika dia sedang memancing, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Star semalam.
Ikan yang dinamakan sheephead itu mempunyai berat sebanyak 7.52 kilogram dan merupakan spesies yang paling besar yang pernah ditangkap di perairan Tangier, negeri Maryland.
Ikan itu telah dipancing oleh Brian Summerlin, yang berusia 38 tahun, baru-baru ini. Brian mengatakan bahawa dia belum pernah melihat makhluk laut seperti itu sebelum ini.
Seorang rakan Brian membantunya mengangkat ikan tersebut ke dalam bot. Tangkapan ini berlaku ketika mereka sedang mengikuti kembara memancing bersama-sama.
Ikan sheephead paling berat yang pernah ditangkap di perairan negeri Maryland sebelum ini mempunyai berat sebanyak 6.39 kilogram. Ikan itu telah dinaikkan pada bulan Ogos 2020.