Pelumba kereta Formula 1, Daniel Ricciardo dikatakan meminta bayaran £17.3 juta (RM94.23 juta) untuk menamatkan kontraknya bersama McLaren.
Keputusan ini dilakukan bagi membolehkan pasukan itu mengambil Oscar Piastri sebagai rakan sepasukan baharu kepada Lando Norris pada 2023
Ricciardo difahamkan berunding dengan pasukan mengenai kemungkinan meninggalkan McLaren lebih awal dan menurut Speedcafe di Australia, Ricciardo mahukan £17.3 juta (RM94.23 juta) daripada McLaren untuk berbuat demikian.
Ricciardo satu-satunya pemenang perlumbaan dalam pasukan itu sejak sepuluh tahun lalu namun bergelut dengan prestasi sejak berpindah dari Renault pada 2021.
Piastri ganti tempat Ricciardo
Sementara itu, Piastri menolak peluang untuk kekal bersama Alpine selepas McLaren berminat dengannya untuk mengibarkan cabaran pasukan musim depan.
Pelumba muda berusia 21 tahun dari Austalia itu menjuarai Formula 3 dan Formula 2 dua tahun berturut-turut dan McLaren sudah lama meminati Piastri yang dilatih bekas bintang Formula Satu, Mark Webber.
Baca Juga: Ingatkan puluhan ribu ringgit, rupanya gaji Arif Aiman hanya RM11,000
Baca Juga: “Kenapa tak panggil saya?” – Syamsul kecewa Finas berdiam diri isu cetak rompak filem Mat Kilau