Seorang penghantar barang dikatakan tersesat kemudian jatuh ke dalam gaung kerana mengikut laluan yang dicadangkan oleh aplikasi pemetaan, Google Maps.
Ketika menghantar makanan yang dipesan sebelum terjatuh gaung mangsa dikatakan sempat memuat naik hantaran di media sosial yang memberitahu keadaannya.
Bahkan mangsa turut meminta bantuan kerana motosikal dinaikinya jatuh ke dalam gaung ketika dalam perjalanan bagi menghantar barang pelanggan di sebuah kampung.
Mangsa menggunakan Google Maps untuk sampai ke lokasi rumah pelanggan, manakala aplikasi tersebut membawanya melalui ‘jalan tikus’ dan bukannya laluan utama.
Disebabkan keadaan gelap gelita, mangsa terjatuh ke dalam apa yang disangkakan sebagai jurang. Dia kemudian meminta tolong menerusi media sosial.
Bagaimanapun ia sebenarnya bukan gaung sebaliknya hanya semak-samun di tepi jalan. Keadaan jalan yang gelap gelita mungkin membuatkan mangsa panik.
Menurut laporan dari laman berita Detik hari ini kejadian berlaku di Paninggaran, wilayah Jawa Tengah pada malam kelmarin.
Ketua Polis Paninggaran, Asisten Komisioner Polis Agus Supriyono berkata, mangsa dikenali sebagai A, dan berumur 21 tahun.
Anggotanya terus pergi ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan mengenai mangsa yang tersesat di hutan dan tular di media sosial.
Sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan), mangsa ditemukan penduduk dalam keadaan baik.
Baca juga: Dress bukan pakaian kita itulah dipilih juri-Bapa pertikai ilmu juri