Ringkasan SOP bermula 1 Mei

Ringkasan SOP bermula 1 Mei ini mula menunjukkan yang Malaysia sudah bersedia untuk kembali semula ke fasa normal seperti sebelum pandemik.

Ini adalah ringkasan Garis Panduan dan Operasi Standard (SOP) daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar:

  • Daftar masuk kini dibenarkan di semua premis tanpa mengira status vaksinasi
  • Kes positif COVID-19 boleh dibebaskan dari pengasingan selepas hari ke-4 jika keputusan ujian RTK-Antigen kembali negatif
  • Imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi wajib untuk daftar masuk
  • Pemakaian topeng muka wajib di dalam bangunan, pilihan di kawasan terbuka
  • KKM menggalakkan pemakaian topeng muka di kawasan sesak, bagi individu yang bergejala dan berisiko tinggi – Khairy
  • Jarak fizikal tidak lagi diperlukan
  • MySejahtera akan ditambah baik dengan ciri-ciri baharu pada kawasan panas penyakit lain seperti denggi, rabies dan campak
  • Kemas kini COVID-19 akan dilaporkan setiap minggu, tiada lagi laporan harian
  • Semua protokol COVID-19 baharu akan berkuat kuasa mulai 1 Mei
  • Menziarahi kubur dibenarkan, tetapi digalakkan memakai topeng muka
  • Takbir raya di masjid, surau, rumah ke rumah dibenarkan, tetapi pakai topeng muka
  • Rumah terbuka atau sambutan Hari Raya di dalam rumah dibenarkan dengan syarat topeng muka dipakai

Negara masih lagi berada di dalam pandemik, rakyat perlu sentiasa patuhi segalah arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan agar varian Covid-19 baru dapat dicegah penularannya.

Baca Juga: Kes Tangmo Nida akhirnya selesai, polis dedah sebab kematian

Baca Juga: AMANAH desak hentikan segera intimidasi sistem kehakiman