Risau tengok bayi cina tak ramai, Yb PKR rayu orang cina cepatlah kahwin

Sempena hari kekasih hari ini, seorang anggota parlimen dari PKR, Sim Tze Tzin, telah mengajak orang Cina untuk mendirikan rumah tangga.

Sim Tze Tzin, yang merupakan ahli Parlimen Bayan Baru, membuat seruan tersebut setelah mendapati “kejutan berganda” selepas mengkaji jumlah kelahiran yang rendah dalam kalangan keluarga Cina.


Menurut Sim Tze Tzin dalam catatan media sosialnya, pada tahun 2022, hanya tercatat sebanyak 40,000 kelahiran bayi dari kalangan Cina daripada jumlah keseluruhan 423,124 kelahiran, yang mana jumlah tersebut tidak mencapai 10 peratus.


Sim Tze Tzin juga memetik data perkahwinan pada tahun 2021 yang menunjukkan bahawa jumlah perkahwinan di kalangan orang Islam adalah 2.7 kali ganda lebih banyak berbanding perkahwinan di kalangan bukan Islam.

“Saya tertanya-tanya, kenapa bayi Cina tak ramai? 

“Jadi saya gunakan cuti CNY saya untuk menggali isu ini lebih dalam”, katanya di facebook.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan data perkahwinan yang melibatkan orang Cina kerana Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hanya mengeluarkan data perkahwinan untuk orang Islam dan bukan Islam.

“Walaupun hidup bujang itu pilihan sendiri, kita patut menggalakan perkahwinan di kalangan mereka yang tidak mahu berkahwin.

“Saya menggesa orang bujang di luar sana, keluarlah cari cinta dan pasangan hidup kamu. 

“Tolonglah kahwin dalam tahun naga yang bertuah ini. Ia perjalanan yang berbaloi untuk ditempuhi. 

“Ingat, buat anak juga. Selamat hari kekasih,”

Baca Juga: Di Korea pakai udang jeruk, orang Malaysia pun boleh buat tapi dengan syarat letak cencaluk