Robert Kuok kembali ke Malaysia, kata sumber

Siapa tidak kenal dengan sosok ini di Malaysia? Tan Sri Robert Kuok yang sentiasa mengungguli carta nombor satu paling kaya di Malaysia.

Memetik dari FMT, taikun berbangsa cina ini dilaporkan mahu membuat kemunculan semula dalam perniagaan penapisan gula di Malaysia.

Wilmar International Ltd yang berpangkalan di Singapura berusia seratus tahun itu dikatakan akan bersaing dengan Threadstone Capital Sdn Bhd untuk memperoleh pegangan dalam MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) milik penuh MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSM Johor).

Gergasi perladangan dan perniagaan tani Wilmar, salah satu syarikat terbesar di Bursa Singapura, sebelum ini dilaporkan melihat kepentingan langsung sama ada dalam MSM atau MSM Johor.

Threadstone, perniagaan milik Zainal Abidin Jalil, dilaporkan sedang berusaha untuk menyuntik RM500 juta ke MSM Johor untuk kepentingan 49%. Threadstone juga merupakan pemegang saham kedua terbesar kumpulan IT Theta Edge Bhd.

FGV Holdings Bhd memegang 51% kepentingan dalam MSM, yang mengawal 60% perniagaan penapisan gula Malaysia. Satu-satunya penapis gula utama lain di negara ini ialah Kilang Penapisan Gula Pusat milik taikun Syed Mokhtar Albukhary.

Zainal juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DNex Energy Group dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp Bhd yang dikawal Syed Mokhtar.

Pada 2009, PPB Group Bhd milik Kuok telah menjual anak syarikat milik penuhnya ketika itu MSM, kepada FGV dengan wang tunai RM1.22 bilion.

Dengan menjual MSM, ‘Raja Gula’ itu telah meninggalkan perniagaan penapisan gula kira-kira 45 tahun selepas dia menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM) dan kilang penapisan gulanya di Prai, Pulau Pinang.

Walaupun hartawan itu telah keluar dari perniagaan gula di Malaysia, beliau terus mengekalkan minatnya dalam perniagaan gula melalui Wilmar, salah satu daripada 10 pengeluar gula mentah terbaik dunia.

Selain mengusahakan penanaman tebu, Wilmar mempunyai 20 kilang penapisan gula di Australia (lapan kilang), India (lapan), China (dua) dan Myanmar (dua).

Memetik laporan itu lagi, ini bukan kali pertama Wilmar dikatakan ingin melabur di MSM Johor.

Pada 2021, terdapat laporan bahawa Wilmar berminat untuk memperoleh pegangan dalam kilang tersebut. Pemerhati berkata pengaturan sedemikian boleh menjadi situasi ‘menang-menang’ bagi kedua-dua syarikat.

Mereka berkata MSM akan dapat meningkatkan kadar penggunaan di kilang itu manakala Wilmar boleh menggunakan kilang penapisan gula MSM untuk operasi gula besar-besarannya. Walau bagaimanapun, tiada perjanjian yang pernah dicapai.

Baca: Macam orang muda! Video Tun M ‘drive’ guna sebelah tangan tarik perhatian netizen