Individu ketagih menonton video pronografi cenderung mempunyai pemikiran yang kotor kerana terlalu asyik berimaginasi tentang seks hingga sanggup bertindak di luar kawalan semata-mata ingin memuaskan nafsu mereka.
Begitulah yang terjadi ke atas seorang lelaki dari Kecamatan Bermani Ulu, Kabupaten Rejang Lebong, Provinsi Bengkulu, Indonesia yang ditahan pihak berkuasa setelah dilaporkan melakuan gangguan seksual terhadap ibu mentua dan adik iparnya sendiri.
Perbuatan jijik itu dilakukannya dipercayai kerana ketagih menonton video berunsur lucah.
Sebelum ini, lelaki tersebut kantoi merakam video ketika ibu mertuanya sedang mandi.
Perbuatan itu terbongkar setelah wanita berkenaan ternampak telefon pintar yang sedang merakamnya dari luar bilik air.
Dia kemudian menjerit dari dalam bilik air, namun suspek sudah pun meninggalkan kawasan tersebut.
Tidak menunggu lama, wanita itu segera mengadu tentang perkara itu kepada suaminya.
Kisah ibu mertua tersebut membuatkan adik ipar suspek yang berusia sembilan tahun secara tiba-tiba menangis histeria.
Kanak-kanak perempuan itu mengakui bahawa dirinya pernah menjadi tempat pemuas nafsu abang iparnya sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Ogos 2023.
Geram dengan perbuatan tersebut, keluarga berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Suspek kemudian ditahan oleh Polis Bermani Ulu untuk siasatan lanjut.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku gemar menonton klip video pornografi dari Jepun dan mula menjadi ketagih dengan filem tersebut ketika isterinya hamil.
Baca juga: 16 tahun tunggu zuriat, hanya sebulan Allah bagi pinjam, kembar 4 maut di tangan Zionis Israel