Ronaldo buat hal lagi, tak mahu jumpa peminat selepas kalah 0-4

Pastinya ramai peminat Manchester United yang kecewa dengan kekalahan memalukan 0-4 di Brentford, namun lebih menyedihkan apabila Ronaldo tidak lansung menyapa penyokongnya di Stadium.

Cristiano Ronaldo dikatakan menolak permintaan penolong jurulatih Erik ten Hag, Steve McClaren untuk memberikan penghargaan kepada penyokong Manchester United lapor Harian Metro.

Menurut laporan Manchester Evening News, kedua-duanya dilihat berbual seketika sebelum Ronaldo terus masuk ke terowong.

Empat gol dalam tempoh 25 minit separuh masa pertama daripada Josh Dasilva, Mathias Jensen, Ben Mee dan Bryan Mbuemo menyebabkan United gagal untuk bangkit semula.

Manchester United dah hilang taring

Ia adalah kekalahan memalukan bagi United, yang kini tewas setiap perlawanan pembukaan Liga Perdana mereka.

Satu-satunya perkara positif dari sudut pandangan kelab adalah peminat yang terus memberikan sokongan kepada pemain sepanjang perlawanan walaupun akhirnya mereka tewas.

Beberapa pemain United seperti David De Gea, Scott McTominay, Anthony Elanga, Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Donny Van de Beek dan Diogo Dalot pergi menemui penyokong United yang masih berada di stadium untuk memohon maaf berikutan prestasi hambar mereka.

Kapten pasukan hanya beri tepukan

Kapten kelab United, Harry Maguire juga tidak menemui penyokong sebaliknya sekadar memberi tepukan sebelum mengikut Ronaldo menuruni terowong dan keluar padang.

Baca Juga: Keluar ikut pintu belakang, Ronaldo nekad mahu tinggalkan Manchester United

Baca Juga: “Nak naik bas awam pun kena tunggu dua hingga tiga jam”, keluh penduduk Penaga, Kepala Batas