Rosak pekat dah ‘Type W’, yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan tapi dia boleh pula

Orang ramai mengecam sikap penyokong tegar pembangkang atau walaun yang juga digelar ‘Type W’ semasa berlangsungnya tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ramai berang dengan tindakan individu yang mengarahkan sekumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya menterbalikkan baju merah yang dipakai semasa memasuki Masjid Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu.

Malah, yang memakai baju Malaysia Madani pun diarah berbuat demikian tetapi boleh pula beberapa penyokong pembangkang memakai baju dan kopiah jelas tertera lambang Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Pemerhati politik, Najib Bakar berkata, beliau dan rakannya saksi kejadian sewaktu solat Maghrib semalam.

“Ramailah yang tak puas hati. Yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan. Bukan ada kaitan parti pun.

“Ada yang pakai kopiah Pas elok ja. Pakai baju PN pun ok ja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Najib turut berkongsikan beberapa gambar sebagai bukti menggambarkan ‘peraturan’ yang berat sebelah itu.

Beliau kemudiannya difahamkan jawatankuasa pentadbiran masjid tersebut dikuasai oleh penyokong sebuah parti pembangkang.

“Sembang-sembang dengan orang tempatan, masjid ni dikuasai walaun.

“Jenuh puak ni. Nak solat pun kecoh. Puak sendiri ok pulak.

“Kalau perintah negara, bagaimanalah perangai depa dok tekan orang,” katanya.

Najib juga memaklumkan bahawa kumpulan yang memakai baju merah terbabit kemudian menterbalikkan pakaian mereka selepas diarah berbuat demikian.

Namun, jelasnya, mereka yang berbaju terpampang tulisan PN dilihat boleh pula terus memakainya untuk solat Maghrib di masjid itu.

“Dalam masjid tu, yang sertai Maghrib sekali ada Wan Fayhsal, Noh Omar, depa pun pakai baju kemeja perikatan nasional,” kata Najib lagi.

BACA JUGA Ini rupanya cara supaya semua murid lulus, cikgu pun tak menangis lagi ajar kelas belakang