Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansur yang ingin memasukkan polis serta kerajaan Malaysia di dalam samannya.
Ini disebabkan barang kemasnya yang didakwa hilang yang bernilai lebih RM67.4 juta.
Hakim Ong Chee Kwan berkata, pihak polis serta kerajaan tidak melakukan apa apa kesalahan seperti yang didakwa malahan tidak menanggung rugi terhadap Rosmah.
“Bagaimanapun, Rosmah bebas memfailkan saman sivil baharu terhadap apa jua kerugian yang mungkin dialami kesan tindakan polis dan kerajaan,” katanya.
Ong juga menetapkan lima hari tarikh bicara bermula 2 Jun tahun depan.
Global Royalty Trading SAL telah memfailkan saman berjumlah RM67.4 juta terhadap Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, dengan tuduhan bahawa beliau berbohong mengenai 44 barang kemas, termasuk rantai berlian, gelang, dan tiara, yang diserahkan oleh seorang ejen syarikat itu kepadanya.
Ia kemudiannya dirampas oleh pihak berkuasa atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Menurut syarikat yang berpangkalan di Beirut itu, 43 barang kemas plaintif dipercayai berada di dalam simpanan pihak polis dan selebihnya didakwa telah dihilangkan olehnya.
Dalam permohonan memulakan prosiding pihak ketiga, Rosmah menegaskan barangan tersebut dirampas pihak berkuasa.
Baca juga: Pengiring TMJ serang lelaki OKU, polis enggan ulas lanjut