Salah satu jenis pencuci mulut atau menu untuk santapan waktu petang adalah puding. Bermacam-macam jenis puding boleh dibuat di rumah dan menjadi pilihan ramai adalah puding marble.
Paling menarik sekali adalah, salah satu resepi puding marble yang dikongsikan ini menunjukkan kejadian puding yang boleh membuat sesiapa sahaja terliur!
Buat peminat-peminat pencuci mulut semua, apa kata jom kita hasilkan puding marble ini untuk disantap bersama keluarga. Mana tahu, mungkin ada yang nak buat untuk berniaga juga?
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
-Roti
-Susu cair tin
-Susu pekat tin
-Telur
-Agar-agar tali
-Mentega
-Gula
-Esen vanilla
-Pewarna
CARA-CARANYA
1.Potong 6 keping roti
2.Blend semua bahan-bahan ini:
-Roti yang dah dipotong
-1 tin susu cair
-3/4 tin susu pekat
-2 biji telur
3.Masukkan 6 cawan air dalam periuk
4.Masukkan 20g agar-agar tali
5.Masak sehingga agar-agar larut
8.Kemudian tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi
9.Masukkan 2 sudu besar mentega dan kacau sebati
10.Tuangkan dan agihkan kepada tiga bahagian/mangkuk
11.Masukkan pewarna yang berlainan
12.Tuang ke dalam tray, sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam
13.Selepas 1 jam dah boleh potong dan teksturnya padu. Tak lembik dan tak keras.
*Elok kejadiannya bukan? Boleh cuba di rumah untuk menu minum petang!