Rugi RM35K! Roslan Shah mengamuk Ebit Lew mungkir janji

Nama Ebit Lew disebut-sebut lagi apabila didakwa membatalkan acara di Singapura pada saat-saat akhir.

Penganjur The Wedding Affair terpaksa menanggung segala kos kerugian yang membabitkan Ebit Lew seperti penginapan, pengiklanan dan sewa tapak yang menelan kos sebanyak SGD10,000(RM34,600)

 Roslan Shah mengakui terkilan dengan sikap pendakwah bebas tersebut yang tidak memaklumkan lebih awal tentang keberangkatannya ke tanah suci.

“Harap maaf Cik Lan tak nak ada isu pasal Ustaz Ebit Lew. Kata dah janji nak datang expo Singapore. Pihak penganjur dah booking hotel dan iklan.

“Tadi dapat tahu Ustaz Ebit Lew pergi Haji rupanya. Bukti message Whatsapp katanya confirm semuanya.

“Sekarang Cik Lan dipersalahkan lagi,” katanya.

” Sebagai orang Islam janji ditepati. Awak manager dan call Cik Lan nk sangat join expo. Sekarang siap nak dipersalahkan? Nanti orang kecam Cik Lan lagi pasal ni.

“Ini ke adat orang Islam dan beragama,” luahnya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh pengacara itu, dia mempunyai bukti bahawa Ebit Lew akan hadir ke acara itu.

Pihak penganjur juga mempersoalkan kewajaran Ebit Lew yang pergi ke tanah suci walaupun sudah sedia maklum untuk hadir ke acara di Singapura itu.

Baca juga: Berjalan kaki 4km ke tempat kerja, netizen sedih lihat nasib warga emas ini