Presiden Amanah harini menyindir bekas parti lamanya PAS dalam satu hantaran di media sosialnya.
Beliau menyebut “Baru tahu apabila Pas memerintah, Kelab Malam dibuka lebih awal daripada masjid. Judi ditambah daripada 8 kepada 22 kali cabutan. Rugi sungguh”
Hantaran Mohamad Sabu itu mendapat perhatian warganet yang turut menyokong kenyataan yang dibuat.
Zue menulis..”astaghfirullah haal aazim…tempat maksiat di buka awal?? Jangan lupa sungguh pun awak tak masuk ke tak minum ke tapi kalau awak condone and allow and anak2 islam yg masuk dan hooray2, awak2 pun dapat commission dosa sekali….?
Azlan pula menulis “ruginyaaa aku pangkah Pas dulu.Kalau tahu macam ni depa takbir kerajaan..ni dah takebeer ni!”
Kelmarin, MKN mengumumkan pembukaan kelab malam akan beroperasi seperti biasa. Ia menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoalkan kewajaran keputusan tersebut.
Rugi siapa tinggalkan Pas. Baru tahu apabila Pas memerintah, Kelab Malam dibuka lebih awal daripada masjid. Judi ditambah daripada 8 kepada 22 kali cabutan. Rugi sungguh.
— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) February 8, 2021