Rumah berhantu di Klang dijual lagi murah daripada Iphone, RM3,355 sahaja

Rumah yang semestinya berhantu iaitu di Klang dijual lagi murah daripada Iphone. Percaya atau tidak dengan harga bermula RM3,355 sahaja.

Sememangnya diketahui memilih untuk menyewa daripada membeli manakala hartanah yang berbaloi pula menjadi sasaran para pelabur.

Siapa sangka masih terdapat hartanah di Klang, Selangor yang ditawarkan dengan harga lelong serendah RM3,355 sahaja. Wow! murah sangat.

Menerusi perkongsian TikTok @_cuyaaaaaa, hartanah yang terletak di Pulau Indah ini merupakan hartanah yang terbiar serta tidak berpenghuni.

Rupanya sudah lama tidak didiami orang ramai serta menyeramkan mungkin antara faktor hartanah ini gagal mendapatkan pembeli.

Menerusi perkongsian di ruangan komen, kos baik pulih yang tinggi serta berkemungkinan ‘ditumpangi’ makhluk lain membuatkan orang ramai tidak berminat untuk membeli hartanah di sini.

@_cuyaaaaaa

Cenggini punya rumah pun bank nak lelong guys😂 #fyp #horror #rumahmurah

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Tidak kurang juga yang mencadangkan hartanah ini dibeli secara pukal atau berkumpulan kemudian diubah suai untuk tampil lebih ceria dan menarik.

Difahamkan hartanah dengan lelongan serendah RM3,355 ini sedia untuk mencari pembeli baharu menerusi aktiviti lelongan yang berlangsung pada 24 November ini.

Baca juga: Menara tertinggi 700 meter bakal dibina di Malaysia, lebih tinggi dari Merdeka 118