Adalah menjadi impian seseorang miliki rumah sendiri baik beli bayar cash atau hutang, begitu juga dengan Bonda Rozita yang telah miliki rumah agam di Kota London.
Rumah agam itu mempunyai 7 bilik hasil usahanya selama ini yang berjimat cermat dengan emosi dan perasaan.
Menerusi kemas kini yang dimuat naik di Facebook, Rozita berkata rumah berkenaan berjaya dibeli hasil berjimat cermat, dan ia merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.
“Rumah ni hadiah pada diri saya sendiri, saya tidal ada kemewahan hanya ada ini saja- ‘Beli Hutang je pun, bukan beli cash’.
“Kita tidak tahu masa depan seseorang bahkan seseorang itu hendaklah memilih apa yang Allah turunkan ujian kepadanya.
“Sebelum menuju kejayaan bonda dah biasa susah, orang hina-hina saya tidak melawan pun walau saya seorang yang sangat berani. Penat layan sikap manusia saya diam dan pergi,” kata ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.
Tambah Rozita, dia tak pernah cuti, dan sedang membina pasukannya sendiri untuk mengurangkan aktiviti bisnes.
“Saya suka banyak travel tapi versi berjimat. Saya bawa staf saya sebab mereka adalah sahabat terbaik hidup saya. Saya meninjau peluang property di sana. Saya nak rehatkan diri dengan anak-anak dan staf menghargai mereka sebagai anak-anak saya juga.
“Minggu ini saya terbang ke London. Insya-Allah saya plan buat bisnes di sana dalam property di Birmingham pula.
“Saya suka banyak travel tapi versi berjimat juga..saya bawa staf saya, sebab mereka adalah sahabat terbaik hidup saya
“Saya meninjau peluang property disana, saya nak rehatkan diri dengan anak-anak dan staf menghargai mereka sebagai anak-anak saya juga,”katanya mengakhiri tulisannya.
Rumah Rozita hanya 15 minit dari Heatrow Airport manakala Ruro Star Station sangat dekat dengan rumah ke Kota London hanya 15 minit sahaja.
Baca juga: Saiz lubang semakin membesar, anak ketiga Kak KM hidap jantung berlubang minta doa dari orang ramai