Rumah kerap bau masakan?Cuba guna 4 bahan ini..auto bau wangi semerbak macam kat hotel!

Ramai yang menyukai rumah berbau harum dan membeli pelbagai pewangi di pasaran sama ada di pasaraya mahupun online.

Tapi andai anda ketahui segala jenis pewangi ini mempunyai racun yang dapat membunuh secara senyap, pasti anda akan cuba menukarnya dengan pewangi buatan sendiri.

Anda boleh mencuba membuat pewangi sendiri atau mengikuti kaedah yang dikongsi oleh TikToker Simba Memory ini.

Menurut Simba, produk pewangi DIY ini mampu memberikan keharuman kepada kediaman anda sehingga ia seolah-olah rumah golongan jutawan.

Bahan-bahan:

1. Bekas kaca/ gelas

2. Garam batu

3. Cengkih

4. Cecair pelembut pakaian

5. Kulit kayu manis

Cara penyediaan:

1. Letakkan tiga sudu garam ke dalam bekas.

2. Curahkan satu tutup cecair pelembut pakaian.

3. Selepas itu, letakkan beberapa kuntum bunga cengkih.

4. Seterusnya, tambahkan lagi dua sudu garam batu.

5. Curahkan satu lagi penutup cecair pelembut pakaian.

6. Terakhir sekali, bakar hujung batang kulit kayu manis.

7. Biarkan asapnya, lalu cucuk secara menegak ke dalam bekas campuran tersebut.

Baca juga: “Kakak ipar cakap dia tak pernah terima aku dalam keluarga, siap suami aku backup lagi sampai kami bercerai berai disebabkan mulut..”