Usahawan pencuci mulut terkenal, Kieda Crepe akhirnya buka mulut mengenai insiden hitam dalam hidupnya selepas 40 hari berlalu,
Kieda berkata, rumahnya telah dipecah masuk perompak menyebabkan peti besi mengandungi emas bernilai RM800,000 lesap.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang suspek ditangkap dan Kieda masih menunggu hasil siasatan daripada pihak polis.
Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai kejadian, Nur Khalieda Yusra berkata rumahnya dipecah masuk perompak pada 25 April 2024 lebih kurang jam 8 ke 11 malam.
Ketika kejadian, dia dan suami sedang berniaga di kedai. Mereka pulang ke rumah jam 11.40 malam dan mendapati rumah bukan dalam keadaan biasa.
Suaminya, Hilmi tercengang melihat keadaan rumahnya yang baru dikemas lebih kurang pukul 7 malam hari yang sama.
Saya buka pintu saya rasa pelik, “Ni bukan rumah aku ni”. Saya tengok langsir terangkat, ada baju kurung atas kusyen.
Dalam pukul 7, saya balik set up barang sekolah anak saya, saya kemas rumah sekali. Saya tahu barang-barang dalam rumah saya macam mana.
Mereka segera menghubungi sepupu untuk memeriksa keadaan rumah. Mereka mendapati grill tingkap sudah ‘dipecah’ dan perompak masuk melalui situ.
Depa masuk, depa attack satu benda saja iaitu bilik kami. Rumah memang tak berselerak langsung, depa masuk laluan tu, depa keluar pun laluan itu. Mereka baru je keluar sebab kesan tapak kaki tu masih basah. Bau badan terlalu kuat. Busuk gila.
Pasangan suami isteri ini terus menangis apabila mendapati peti besi yang mengandungi harta benda hampir RM1 juta hilang.
Kebetulan ketika kejadian, CCTV rumah mereka tidak beroperasi kerana perompak menolak kamera ke atas.
Satu perkara yang Hilmi sedari adalah bau badan perompak yang busuk masih melekat di rumah itu. Mereka segera membuat laporan polis dan siasatan lanjut telah dilakukan.
Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang penangkapan terhadap suspek dilakukan. Kieda berharap orang ramai dapat mendoakan semoga pelaku dapat ditangkap dengan segera.
Baca: Gara-gara hantu muncul di rumah kosong, penduduk ‘serbu’ mintak nombor