Rumah RM2.2 Billion paling mahal di dunia kini sedia untuk dilelong, masalahnya tiada jutawan sanggup beli

Villa Aurora dari abad ke-16 tersenarai sebagai rumah termahal di dunia. Harga rumah yang terletak di atas bukit di tengah-tengah kota Rom ini disahkan oleh satu laporan.

Rumah yang berada di bandar elit Via Veneto ini terletak berdekatan dengan lokasi hotel-hotel terbaik di Rome, dan berdekatan dengan Piazza di Spagna yang ikonik (Square of Spain). Ia juga dibina di atas tanah dengan keluasan rumah lebih 27,000 meter persegi,

Menurut Oddity Central, kediaman yang diberi nama Villa Aurora itu kekal di tangga teratas selepas dilelong dengan harga 471 juta euro (RM2.2 bilion) pada Januari lepas.

Namun begitu, tiada seorang hartawan pun mampu atau berminat untuk membeli rumah yang semahal ini kerana tidak mampu dan faktor lain.

Pemiliknya, Puteri Rita Boncompagni Ludovisi berkata, beliau berdepan masalah pembahagian harta dan mahkamah Itali telah memutuskan bahawa rumah tersebut harus dijual dalam sesi lelongan.

Bagaimanapun, harga yang ditetapkan untuk hartanah itu terlalu tinggi sehinggakan tiada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Kata Puteri Rita, “Anda perlu menjadi seorang jutawan yang sangat kaya dan sanggup membelanjakan tambahan puluhan ribu pound lagi untuk membaiki masalah kebocoran pada beberapa kawasan di kediaman ini,”

Puteri Rita dilaporkan meminta kerajaan Itali untuk membeli vila itu dan memeliharanya, menyaksikan lebih 40,000 individu menandatangani petisyen menyokong hasrat itu.

Walaupun dijual dengan harga diskaun, Villa Aurora dilaporkan berkemungkinan mengganggu bajet Kementerian Kebudayaan Itali, menyebabkan kediaman itu masih kekal di pasaran sehingga kini.

Baca: Tak sangka ini rupanya masalah beli Honda RS, pemilik kereta ini beri nasihat buat bakal pembeli