Perkahwinan yang terjalin selama 24 tahun akhirnya terlerai apabila si isteri kantoi berduaan dengan lelaki yang dikenalinya di aplikasi dating Tinder.
Mohamad Mahadi, 57 mendakwa isterinya berubah sikap selama 6 bulan setelah pandai bermain aplikasi media sosial itu.
Isterinya yang bekerja sebagai kontraktor turut menggadaikan maruah semata-mata untuk mendapatkan tender projek binaan.
“Saya menyedari perubahan sikap isteri apabila dia kerap menghabiskan masa dengan telefon bimbit sehinggakan tidak sempat meluangkan waktu bersama saya dan anak-anak. Keadaan ini berlanjutan selama lebih enam bulan.
“Saya rasa kurang senang dengan keadaan ini kerana dia bukan lagi seorang isteri yang saya kenali. Dia berubah secara total, tidak lagi makan, tidur dan berbual bersama,” ujarnya.
Sejak perubahan isterinya disedari, wanita itu kerap tiada di rumah dan sering memberikan alasan mempunyai kerja di luar kawasan.
Selama 24 tahun menjalinkan ikatan yang suci, Mohamad amat menghormati privasi si isteri namun dia amat ragu dengan apa yang bersembunyi di sebalik telefon pintar Mastura.
“Suatu hari, isteri tidak membawa masuk telefon bersama ke dalam tandas. Jadi saya guna peluang itu untuk mengakses masuk telefonnya.
“Saya benar-benar terkejut melihat mesej perbualan dalam ruangan sembang aplikasi tersebut.
“Dalam perbualan itu, kedua-dua mereka ada berkongsi beberapa keping gambar tidak senonoh.
“Melihat kepada perbuatan tersebut mereka pernah tidur bersama, bahkan berjanji untuk berjumpa lagi di sebuah hotel di Ipoh, Perak,” ujar bapa kepada empat orang anak itu.
Kemuncaknya apabila Mohamad berjaya membongkar perbuatan tidak senonoh si isteri yang berdua-duaan dengan lelaki itu di sebuah hotel di Klang, Selangor.
Baca juga: Bukan hanya UiTM, rupanya ini antara hak istimewa orang melayu dan bumiputera