Sejak semalam tular satu klip video memaparkan aksi beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi menunggang secara berbahaya di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, George Town.
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, mereka dilihat melakukan aksi wheelie sementara seorang lagi merakam aksi tersebut.
Turut kelihatan panel motosikal milik si perakam menunjukkan mencapai kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).
Susulan itu, polis melakukan siasatan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu kelmarin.
Pihak polis memaklumkan, sudah menghubungi suspek yang memuat naik video tersebut dan suspek merupakan seorang guru di Kuala Lumpur.
Berdasalkan siasatan awal, video tersebut dikesan dimuat naik di laman Instagram pada 13 Disember 2021 dan kejadian itu berlaku di Jambatan Kedua Pulau Pinang.