Pemilik kedai makan di Tepian Tebrau Johor Bahru bernombor 14 tampil menjelaskan satu persatu makanan yang dipesan oleh selebriti isteri kepada Mawi, Ekin.
Menurut makcik tersebut hidangan makanan laut yang dihidangkan oleh mereka adalah untuk seramai 20 anggota keluarga.
Menerusi video yang dimuat naik, pemilik kedai makan berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan dan menu makanan laut yang dipesan Ekin serta keluarganya adalah seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam cili dan siput gonggong.
Bagaimanapun menurut wanita tersebut mereka bersedia bertemu dengan pasangan selebriti itu sekiranya Mawi dan Ekin masih belum jelas dengan harga yang dikenakan.
Terdahulu, Ekin telah memuat naik hantaran di media sosial di mana meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj melampau berjumlah RM1,260 di sebuah kedai makan di Johor Bharu.
Dalam satu perkongsiannya di Instastory, Ekin menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit.
Sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan respon netizen.
Tambahnya, dia berharap para peniaga makanan di luar sana agar bersifat lebih tulus dalam perniagaan yang diusahakan.
Katanya lagi, tidak semua kedai makanan di kawasan itu cekik darah tapi sebaliknya ia adalah kejadian pertama kali disebabkan tidak mempunyai pilihan pada ketika itu.
Baca juga: Susun kasut pun pahala, tak perlu tunggu duit banyak baru nak sedekah-Adik ini buat netizen kagum