Fungsi peti ais adalah untuk menyimpan makanan dan juga lebihan bawang atau sayur yang tidak digunakan.
Maka wajarlah ia penuh dengan bahan masakan yang disimpan untuk kekal tahan lama seperti bawang dan kentang.
Tapi awas ya bukan semua lebihan makanan dapat disimpan di dalam peti ais seperti yang dikongsi Ladya Ayumi ini.
- Kentang
Ramai yang gemar menyimpan kentang di dalam peti ais supaya lebih tahan lama.
Namun tidak ramai yang tahu kanji yang terdapat di dalam ubi ini akan berubah menjadi gula.
Jadi padanlah jika dimasak, kentang akan menjadi lebih manis dan berwarna lebih gelap.
- Bawang
Semua jenis bawang selalunya akan disimpan jika ada lebihan dari masakan yang tidak digunakan.
Namun tahukah anda bawang sepatutnya disimpan di tempat yang kering dan dingin?
Ya ini kerana bawang mengeluarkan gas jika berada di dalam peti ais dan akan merosakkan kentang jika disimpan bersama.
- Coklat
Pasti ramai yang menyimpan coklat di dalam peti ais untuk menikmatinya dalam keadaan ia masih sejuk.
Namun coklat adalah antara makanan yang tidak patut disimpan di dalam peti ais kerana ia akan mengurangkan rasa manis coklat.
Baca juga: Suhu mencecah 52 darjah celsius, Kuwait diserang fenomena panas ‘sukar dipercayai’