Menurut laporan dari laman berita East Coast Radio, patti burger nyamuk dikatakan mengandungi jumlah protein yang tujuh kali ganda lebih tinggi daripada patti daging lembu.
Lebih kurang 500,000 nyamuk diperlukan untuk menghasilkan sekeping patti daging nyamuk yang menjadi hidangan harian bagi beberapa penduduk di Afrika.
Menurut perkongsian dalam laman Reddit, burger nyamuk dianggap sebagai hidangan istimewa yang amat tinggi dengan protein berbanding daging lembu.
Bagi mereka yang tidak dapat mengambil daging, disarankan untuk mencuba patti daging nyamuk sebagai alternatif yang dapat memberikan sumber protein yang mencukupi.
Seorang pengguna Reddit bagaimanapun mendakwa dia pernah merasa daging nyamuk dua tahun lalu.
“Saya makan makanan ini ketika bekerja di sebuah ladang di Mozambique, ia agak hambar,” komen pengguna tersebut.
Baca juga: Terliur tengok puding thai warna warni, lagi senang buat kat rumah je..confirm anak suka