Rupanya ada makanan yang boleh ‘trigger’ buasir, kena tolak siap-siap takut melarat

Ramai taktahu buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur membengkak dan membesar.

Apabila vena ini berkembang, ia cenderung untuk mengalami luka semasa proses pembuangan air besar kerana bersentuhan dengan najis. Kesannya dari geseran ini boleh menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit pada dubur.

Buasir ini boleh berlaku secara berulang-ulang. Malah, ia juga boleh pecah terutamanya ketika meneran. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak dan ketidakselesaan kepada empunya badan.

Berikut ini berbagai macam pantangan makanan yang tidak boleh dimakan pesakit buasir:

1. Cabai dan sambal

Makanan pedas seperti cili dan sambal boleh memburukkan lagi keadaan buasir disebabkan oleh kandungan capsicum yang terdapat dalam cili. Pendarahan yang berlaku di dubur juga boleh menjadi lebih parah akibat pengaruh makanan pedas tersebut.

2. Makanan Asam

Makanan yang bersifat asid tidak disarankan untuk dimakan oleh pesakit buasir. Rasa asam yang dihasilkan daripada makanan bersifat asid boleh menyebabkan rasa pedih semasa proses pembuangan air besar.

Oleh itu, disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan tersebut dan sebaiknya dielakkan.

3. Makanan Tidak Beserat

Makanan yang rendah serat dapat membuat najis menjadi keras dan tidak disarankan untuk pesakit buasir. Keadaan ini dapat menyebabkan kesulitan dalam proses pembuangan air besar, terutamanya bagi mereka yang sudah mengalami luka atau ketidakselesaan di dubur.

Oleh itu, penting untuk memilih makanan yang tinggi serat dan pastikan pengambilan cecair yang mencukupi.

4. Makanan Dengan Serat Berlebihan

Pengambilan serat yang mencukupi memang disyorkan untuk melancarkan pencernaan dan menjaga kesihatan usus. Serat membantu membentuk najis yang lembut, mencegah sembelit, dan menyokong fungsi usus yang normal. Walau bagaimanapun, jika seseorang mengambil serat secara berlebihan, ini juga boleh menimbulkan beberapa masalah.

Serat yang berlebihan akan terkumpul pada usus. Ia akan menghasilkan najis bersaiz besar dan dubur harus bekerja lebih keras untuk mengeluarkannya. Untuk meneran saja sakit, bagaimana jika meneran dengan kekuatan yang lebih. Jangan mengambil supplemen serat, sebab supplemen akan memburukkan lagi keadaan dubur.

Berikut merupakan contoh makanan yang perlu dielakkan:

  • Nasi putih
  • Roti putih
  • Mentega dan minyak
  • Daging lembu, ikan dan telur
  • Waffle
  • Keju dan susu
  • Gula-gula
  • Kek

Baca juga: Nampak cantik, pemain badminton wanita pakai makeup ke tak masa main? Atlet bongkar rahsia