Baju Melayu warna yang sinonim dengan PM biru langit atau sky blue rupanya lebih popular bukan oren bata (brick orange).
Itu yang dapat dilihat di media sosial melalui perkongsian netizen pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Trend warna biru langit ini sekaligus menafikan ramalan warna ‘brick orange’ menjadi pilihan orang ramai untuk beraya tahun ini dilihat kurang mendapat sambutan.
Tidak ramai yang berkongsi gambar menggayakan pakaian bertemakan warna berkenaan hari ini.
Bahkan, ramai yang mengenakan warna pastel pada sambutan Syawal tahun ini.
Selain itu, orang ramai lebih berminat kepada warna yang ‘mesra’ dengan keadaan cuaca panas ketika ini seperti ‘baby blue’, hijau lembut, ungu cair serta pink lembut.
Berdasarkan perkongsian di laman media sosial juga ada yang menukar tema warna oren bata saat akhir kerana risau sedondon dengan keluarga lain.
“Awalnya memang nak beli oren bata, tetapi bila tengok media sosial ramai kata oren bata jadi pilihan tahun ini kami terus ubah fikiran.
“Tak nak sedondon dengan keluarga lain. Jadi, tema kami tahun ini warna hijau lembut,”tulis Farhana Majid.
Selain itu, ada juga yang menukar warna tema oren bata kerana dikhuatiri tidak sesuai dengan keadaan panas ketika ini.
“Saat akhir tukar warna sebab risau anak-anak panas pakai warna oren bata. Dahlah cuaca sekarang ini panas, akhirnya ‘baby blue’ jadi pilihan kami,”kongsi Ros Yanti.
BACA JUGA Dr Rafidah Abdullah bercerita benda lain, netizen pula perasan benda lain