Makanan yang ditapau akan diletakkan dalam bungkusan seperti bekas plastik makanan lebih-lebih lagi bekas tapau yang mempuyai lubang kecil yang boleh dijadikan pelbagai fungsi.
Reka bentuk pada bahagian sisi membolehkan makanan ditutup rapi dan dapat bertahan pada tempoh yang lebih lama.
Namun, kadangkala makanan ini biasanya disertakan sekali dengan sudu dan garpu plastik. Lazimnya, orang akan memegang atau menyelitkan pada getah yang diikat atau meletakkannya di dalam bekas makanan.
Tahukah anda, sebenarnya bekas makanan plastik ini juga menyediakan ruangan untuk meletakkan sudu atau garfu.
Tentu anda tertanya-tanya dekat mana letaknya sudu dan garpu ini?
Oleh itu hari ini pihak SK akan berkongsikan satu tip berguna untuk orang ramai yang mungkin tidak pernah mengetahui kegunaan tersembunyi bekas makanan ini.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh isnick1 di platform TikTok memaparkan sudu plastik diletakkan di atas bekas makanan.
Menerusi klip berdurasi tujuh saat itu, pada bahagian atas bekas itu mempunyai ruangan kecil yang membolehkan badan sudu atau garpu diselitkan.
Walaupun sudah sedia maklum bahawa lubang kecil itu untuk mengeluarkan wap makanan tetapi boleh juga digunakan untuk fungsi lain rupanya.
Menarik lagi walaupun bekas makanan itu dipusing-pusingkan, sudu itu masih kekal di kedudukannya tanpa terjatuh mahupun menggelongsor keluar.
Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut selepas mengetahui ‘rahsia’ itu. Bahkan ada yang tidak mengetahui sama sekali kewujudannya.
Sebahagian mereka yang telah mengetahui juga berpendapat ruangan kecil pada bekas itu bertujuan untuk mengeluarkan wap makanan.