Umum mengetahui syarikat pelaburan kewangan dari Amerika Syarikat ini dikatakan telah melabur sejak dari dahulu ke atas syarikat-syarikat besar di negara ini.
BlackRock diasaskan pada tahun 1988 oleh seorang bilionaire berpengaruh bernama Larry Fink dan firma itu beroperasi secara global dengan memiliki 70 pejabat di 30 negara serta pelanggan di 100 buah negara.
Ia juga turut dikategorikan sebagai syarikat yang diupah oleh Amerika Syarikat untuk menyelesaikan segala huru hara yang berlaku serta menjadi medan untuk melakukan analisis.
Manakala Global Infrastructure Partners atau dikenali dengan GIP pula adalah sebuah syarikat infrastruktur yang terkenal di dunia dan turut menguruskan aset AS$112 bilion dari para pelaburnya.
GIP popular dengan kemahirannya yang mengurus serta mengendalikan beberapa perniagaan yang mempunyai infrstruktur terbesar serta kompleks termasuk beberapa lapangan terbang di dunia.
GIP turut yakin dapat mengembangkan fungsi serta potensi MAHB setelah diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia untuk melabur.
Pada 12 Januari 2024, syarikat Blackrock dan GIP telah memutuskan untuk bekerjasama dalam menguruskan bidang yang berbeza namun bersama-sama dalam satu syarikat.
GIP turut membuat kenyataan bahawa Blackrock tidak akan ada kena-mengena dengan urusan bersama MAHB kerana syarikatnya itu akan bertanggungjawab penuh dalam mengendalikan halatuju dan operasi MAHB.
Baca juga: Ini rupanya sebab PMX tak boleh tarik keluar dana Blackrock dari Malaysia