Rupanya bukan setakat kena kecam, Syuk Sahar dedah sampai pernah kena ludah sebab kes curang

Betullah netizen kata, jangan main-main dengan ‘cancel culture’ daripada orang Malaysia ni. Kalau memang netizen kata tak suka, nak boikot dan hentam memang dorang akan buat kaw kaw.

Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar baru-baru ini pun ada berkongsi tentang pengalamannya sebelum ini ketika menjadi sasaran ‘cancel culture’ netizen sebelum ini.

Menerusi video podcast yang dimuat naik di TikTok, Shuk mendedahkan ketika itu dia teruk dikecam oleh masyarakat Malaysia kerana isu rumah tangga dan kecurangannya.

Mengejutkan, Shuk berkata dia pernah diperlakukan dengan biadap oleh seorang makcik ketika sedang menikmati makanan di sebuah kedai di Pulau Pinang.

Katanya, dia sedar wanita terbabit melihatnya dalam keadaan keji berdasarkan reaksi mukanya yang seperti membenci dan tidak berpuas hati.

“Aku parking kereta, dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku.. dia ludah dekat kereta aku.”

@okletsgo.sg Makcik haters ludah kereta Shuk 💦 FULL EPISODE DI OKLETSGO ON SPOTIFY ❤️💛💚 #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #podcast #podcastsg #podcastmalaysia #comedyvideo ♬ original sound – OKLETSGO

Ujar Shuk, ketika dia melihat makcik itu berbuat sedemikian terdetik dalam hatinya mahu bangun dan marah namun disebabkan kesnya sedang hangat dia tidak buat apa-apa.

Menerusi ruangan komen, ramai berpendapat apa yang dilakukan makcik tersebut tidak patut meskipun Shuk ketika itu ada isu yang sedang hangat.

Baca juga: Umum manifesto pengagihan deodorant untuk pelajar yang ada bau badan, calon ini menang bertanding dalam pilihanraya kampus