Rupanya haram caj telefon di masjid, ini penjelasan UAI

Pasti ada di antara kita yang pernah menggunakan soket elektronik di masjid untuk tujuan peribadi sebagai contohnya mengecas telefon bimbit.

Namun, ramai yang masih belum mengetahui akan hukum diatas perbuatan yang sering dilakukan ketika singgah solat di masjid.

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa hukum mengecas telefon bimbit di dalam masjid adalah haram.

Menurutnya, pengunjung tidak boleh menggunakan soket tersebut secara sesuka hati kecuali ianya telah diwakafkan oleh pihak masjid.

Hal ini kerana, kebanyakkan barang yang berada di dalam masjid telah diwakafkan oleh orang ramai bagi kegunaan tempat beribadat umat Islam itu.

Oleh yang demikian, seluruh kegunaan harta masjid termasuklah penggunaan soket elektrik hendaklah berdasarkan niat pewakaf.

“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.

“Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf,” katanya.

Ustaz Azhar atau lebih dikenali sebagai UAI menjawab persoalan tersebut ketika menyampaikan ceramah di Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, baru-baru ini.

Tambahnya, ahli jawatankuasa masjid yang membawa balik barangan milik masjid atas kegunaan peribadi di rumah juga perlu menganggung dosa.

“Contohnya, pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin.” selorohnya bagi menghibur hati pengunjung yang hadir mendengar ceramah.

Baca juga: “Berpuluh tahun pakcik hidup atas harta isteri, satu hari Allah nak tunjuk dia curang terus kena buang dari family”