Biasanya nak masak beberapa menu masakan memerlukan daun kari sebagai bahan utama contohnya masak kari ayam.
Jika tiada bahan utama ini ibarat tidak lengkaplah juadah tersebut. Tetapi, di kedai biasanya mereka akan menjual daun kari ini dalam kuantiti yang agak banyak.
Jika nak dibuang daun tersebut rasanya membazir pulak akhirnya daun kari disimpan sahaja sehingga layu dan akhirnya terpaksa juga dibuang.
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara untuk menyimpan daun kari supaya tahan lama dan boleh digunakan setiap kali memasak.
“Mula-mula, keringkan dahulu daun tersebut sebelum dimasukkan ke dalam botol.“
“Cara nak keringkan, memula cuci dulu semua daun tu elok elok. Lepas tu lap pakai tisu, lepas lap balut dengan surat khabar. Then simpan dalam peti sejuk.“
“Biarkan seminggu then baru buka balik surat khabar tu. Dah cukup kering macam dedaun kering baru masuk botol.“
“Warna dia still hijau, klau nak masak just ambil dan masuk dalam masakan, dia akan jadi macam daun segar yang dimasukkan dalam masakan dan baunya masih harum.“
“Botol kaca tu recycle dari botol sos spaghetti. Buang label dan cuci bersih. Boleh pakai balik, tayah membazir beli.“
Haa, lepas ni dah tak perlu susah-susah keluar pergi cari daun kari setiap kali nak memasak. Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan daun limau. Selamat mencuba!
Baca juga: “Aku nekad nak isteri aku lenyap malam tu juga, aku cuma nak bahagia dengan Mia sorang”