Rupanya ini sebab ramai sebak lihat guru ini mengajar

Ramai mengaku sebak melihat seorang guru program pendidikan khas integrasi (PPKI) yang berusaha untuk menyampaikan maksud ucapan kepada pelajarnya melalui bahasa isyarat, menarik perhatian orang ramai.

Keceriaan jelas terpancar di wajah pelajar tersebut setelah dapat memahami apa yang diucapkan dan bergelak tawa sebagaimana pelajar lain.

Reaksi pelajar terbabit dalam dilihat menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok @Zinnirah Ajman.

Komunikasi senyap melalui bahasa isyarat antara mereka bukan sahaja membantu pelajar tidak merasai serba kekurangan malah turut menyerlahkan keikhlasan seorang guru PPKI dalam menjalankan tugasnya.

Rata-rata pengguna turut memuji dan terharu dengan kegigihan guru itu berada di samping pelajarnya semata-mata untuk memberi kefahaman kepada mereka.

“Saya yang nangis tengok video ni, lihat kesungguhan cikgu ni tolong anak murid dia. Anak murid pula gembira bila faham apa yang cikgu depan tu cakap,” komen Nurul Nasir.

“Mak aku seorang guru PPKI, tapi dia memang seorang yang sangat sabar. Aku singgah kejap saja dah gelisah dengar pelajar bising-bising. Semoga semua guru PPKI sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,” kata Fifi_Lala.

“Uniknya bahasa isyarat ni, mereka boleh berkomunikasi dari jauh. Kalau bagi orang normal macam kita ni, mesti dah kena jerit-jerit,” ujar Azian.

@sinarbestarimy

Gelagat seorang guru berbahasa isyarat bagi membantu anak murid memahami apa yang sedang disampaikan raih perhatian warga maya. Terharu kan rasa. Kredit: @zinnirah.ajman #sinarbestari #Pendidikan #kpm bahasaisyarat #signlangauge #fadhlinasidek #fypp #trending #viral #trendingvideo

♬ original sound – mystoryz – mystoryz

BACA JUGA Sedapnya sekejap menderita hingga habis nyawa, jangkitan penyakit kelamin melonjak, senario Malaysia pun membimbangkan