Rupanya inilah perapan rahsia ikan goreng rangup yang ramai taktahu..

Ikan goreng yang rangup dan cukup rasa pastinya menjadi kegemaran semua apatah lagi dimakan bersama nasi panas.

Ia satu sajian yang sangat mudah dan pantas disediakan tatkala sedang sibuk bekerja.

Cuma salutkan ikan bersama kunyit dan garam kemudian goreng sahaja di dalam minyak yang panas.

Puan Ummi Hana ada berkongsi tips bagaimana untuk menjadikan ikan lebih rangup menggunakan bahan selaim kunyit dan garam.

Bahan-bahan

1. Lima ulas bawang merah

2. Empat ulas bawang putih

3. Dua inci kunyit hidup

4. Lima sudu besar cili kisar

5. Tiga sudu besar garam halus

6. Sedikit belacan (pilihan)

Cara-caranya:

  1. Tumbukkan garam halus, belacan, dan kunyit hidup hingga lumat.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam lesung batu, kemudian tumbuk secara kasar.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam satu bekas yang sudah diisi cili yang telah dikisar.
  4. Sapukan campuran bahan yang telah digaul rata ke atas ikan yang ingin diperap.
  5. Selepas diperap selama kira-kira satu jam, ikan tersebut boleh digoreng.

Menu tersebut bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga telah terbukti enak menurut Hana.

Wanita ini menggunakan pelbagai jenis ikan dengan menggunakan kaedah dan bahan perapan ini, seperti yang dapat dilihat melalui gambar-gambar di dalam kumpulan Masakan Terengganu.

Selain itu, minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan boleh digunakan semula untuk menggoreng sayur atau nasi goreng.

Baca juga: 15 tahun menjadi paderi, Ibrahim Richmond sebak dijemput Raja Salman untuk menunaikan haji