Rupanya istilah kupang masih digunakan hingga sekarang bagi negeri-negeri utara di Malaysia, ramai yang tak tahu. Perkara ini adalah kerana wang digunakan untuk proses jual beli dan juga untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan.
Namun begitu, sedarkah anda mengenai sejarah-sejarah mata wang lampau yang masih digunakan sehingga sekarang.
Salah satunya ialah istilah kupang yang digunakan oleh negeri Kedah dan juga negeri-negeri di Utara.
Kupang merupakan nama mata wang yang disebut-sebut oleh penduduk di negeri utara Malaysia bagi menggantikan sen dan puluh sen.
Panggilan tersebut telah sebati di dalam diri mereka sehingga terbawa-bawa panggilan tersebut ke mana sahaja mereka pergi. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui mengenai asal-usul nama kupang ini yang digunakan dalam mata wang.
Mengimbau kembali sejarah lampau, negeri Kedah merupakan negeri yang berjaya menjalankan pentadbirannya dengan baik
Disebabkan itu, negeri Kedah berkemampuan untuk mengadakan satu sistem matawang yang teratur kerana pemerintahannya yang stabil.
Oleh itu, Kedah telah berjaya mengeluarkan beberapa jenis matawang yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga dan timah di dalam beberapa bentuk.
Walaupun begitu, terdapat dua jenis matawang yang biasa dikeluarkan untuk peredaran iaitu Satu Mas dan Satu Kupang
Satu Mas mempunyai berat bersamaan dengan 20 biji saga kundi bersamaan 2.5 gram manakala Satu Kupang yang lebih kecik mempunyai berat bersamaan 5 biji saga kundi bersamaan dengan 0.60 gram pada waktu ini. Oleh itu, Empat Kupang pada masa itu bersamaan dengan Satu Mas.
Pada pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II yang berkembang dengan pesat, matawang emas yang digunakan pada sebelumnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat dalam pelbagai urusan.
Terdahulu, pemerintahan kekandanya, Sultan Muhammad Jiwa telah menggunakan matawang berasaskan emas.
Berikutan kekurangan matawang emas, baginda Sultan Muhammad Jiwa II telah membincangkan perkara tersebut bersama pembesarnya untuk mengubah sistem matawang yang hanya bersandarkan emas.
Hasil mesyuarat itu, telah diputuskan supaya perak juga dijadikan matawang utama bagi negeri Kedah pada masa itu.
Bermula dari saat itu, matawang perak yang dinamakan Darham sudah mula ditempa. Pada waktu itu, nilai Satu Darham Perak telah ditetapkan sama dengan Satu Kupang emas.
Selain daripada itu, terdapat beberapa jenis matawang emas yang dijumpai di Kedah yang mana permukaannya bertulis ‘SULTAN’ manakala bahagian belakangnya bertulis ‘ADILIN’.
Matawang emas ini turut dianggap sebagai Satu Kupang kerana mempunyai berat 0.60 gram dan juga 10.5 mm ukurannya.
Selain daripada matawang ini, terdapat matawang emas yang lain ditemui di Kedah yang tergolong dalam jenis kupang juga.
Permukaan hadapan bagi matawang ini bertulis ‘SULTAN ADILIN’ manakala bahagian belakangnya tertulis ‘ AKBAR SHAH’.
Walaupun kupang ini pada mulanya berasal dari negeri Kedah, namun negeri-negeri berhampiran yang tergolong dalam negeri di Utara Malaysia turut menggelarkannya sebagai kupang.
Istilah kupang sehingga kini masih digunakan oleh penduduk Utara Malaysia dalam pelbagai urusan.
Baca juga: