Laman web Jom Donate kini menjadi perhatian setelah pempengaruh yang bekerjasama dengannya ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
Aisyah Hijanah dan juga suaminya Alif Teega kini ditahan reman bermula Khamis lepas dan permohonan reman mereka akan disambung hingga 16 Julai ini.
Jom Donate adalah sebuah platform berbentuk laman web yang memberi bantuan kepada individu yang memerlukan dan juga untuk bersedekah kepada orang ramai.
Tinjauan mendapati laman web Jom Donate turut menyatakan mereka akan mengambil 5.5% bagi sesebuah sumbangan serta kutipan orang ramai.
Manakala mengenakan cas tambahan untuk payment gateaway yang digunakan dari Toyyibpay.
Untuk menggunakan bayaran secara Financial Process Exchange atau fpx, Jom Donate mengenakan bayaran sebanyak RM1 setiap kali sumbangan manakala untuk kredit kad dari bank tempatan dicaj sebanyak 1.75%.
Untuk kredit kad yang beroperasi secara antarabangsa pula dikenakan caj sebanyak 2.35%.
Sebelum ini, tular di laman Facebook berkenaan dua pempengaruh yang didakwa menyeleweng wang sedekah orang ramai dan mengambil keuntungan sebanyak 20%.
Baca juga: Ini cara senang potong bawang merah & putih, ada sebab berlainan cara ikut masakan