Rupanya Menteri tidak bawa penterjemah semasa berucap dalam bahasa melayu

Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia, Meenakshi Raman dalam satu kenyataan berkata, ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 Nov di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dikenali sebagai COP26 di Glassgow Scotland, tidak ada penterjemahan langsung ketika ucapan diberikan.

Memetik laporan Malaysiakini, Meenakshi mengulas tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa pada Nov lalu menerima pujian dan juga kritikan.

Beliau yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada persidangan itu berkata, “Betul. Sebab di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahasa Malaysia tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai ucapan Tuan Ibrahim.

“Jadi bila anda pergi ke sidang UNFCCC-COP 26 hendak berucap, boleh berucap dalam bahasa Malaysia tetapi harus ada penterjemahan sendiri.

“Kamu perlu bayar atau bawa penterjemah kamu sendiri. Jangan harapkan PBB untuk sediakan.

“Saya difahamkan bahawa Presiden Jokowi apabila pergi ke COP26, penterjemahan itu berlaku. Dia bercakap dalam bahasa Indonesia tetapi ada penterjemahan langsung ketika dia berucap.”

Isunya, tindakan itu melangkaui soal perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Urusan menyediakan penterjemahan langsung itu sepatutnya menjadi tanggung jawab pasukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

“Jadi bukan salah Tuan Ibrahim untuk berucap dalam bahasa Malaysia. Tetapi harus ada terjemahan langsung ketika berucap.

“Terjemahan ucapan Tuan Ibrahim memang ada dalam salinan hard copy. Ucapannya itu memang diedarkan (kepada delegasi),” katanya ketika ditemui wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya lagi, dia tidak pasti sama ada teks ucapan Tuan Ibrahim diedarkan sebelum atau selepas menteri Kasa itu berucap tetapi beliau menekankan penterjemahan langsung ketika bercakap menunjukkan keseriusan suara yang hendak dibawa.

“Tetapi bagi saya itu tidak mencukupi sebab kalau anda mahu negara lain faham semasa mendengar ucapan anda, harus ada penterjemah disediakanlah,” katanya lagi.

Kebiasaanny apabila pemimpin dari negara bukan bahasa rasmi PBB berucap, mereka akan membawa penterjemah sendiri atau mengupah perkhidmatan jurubahasa.

sumber : https://www.mhdaily.net/unfcc-cop-26-rupanya-waktu-tuan-ibrahim-berucap-tiada-penterjemah-disediakan/

COMMENTS