Ramai terkejut apabila penyanyi Nora Ariffin pernah dikaitkan dengan bekas Menteri Wilayah Persektuan Tan Sri Annuar Musa.
Malah ada yang mendakwa penyanyi itu sudah pun berumahtangga dengan bekas Ketua Penerengan Umno itu sebelum berkahwin dengan suaminya yang juga penyarah kanan usul fikh di Universiti Malaya.
Kata penyanyi itu sebaik dimaklumkan oleh anak sulungnya mengenai laporan tersebut, pada awalnya beliau akui terkejut.
Namun, bila memikirkan semula sepanjang tiga dekad menjadi artis sudah terlalu banyak gosip dan fitnah yang pernah diharungi membuatkan beliau kembali tenang.
“Saya tergelak juga bila membacanya, tapi dalam masa sama perkara itu sangat-sangat tidak masuk akal.
“Saya buat keputusan untuk mengabaikannya kerana itu hanyalah gosip semata-mata, tidak pernah berlaku apa yang dikhabarkan,” katanya seperti dipetik Astro Awani.
Semalam satu Malaysia kecoh apabila video penceraian oleh suami penyanyi terkenal Nora Ariffin.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi itu memuat naik video berdurasi 52 saat memperlihatkan suaminya melafazkan talak berkenaan.
Namun beliau mendakwa ada yang memaksa suaminya itu melafazkan cerai itu.
“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.
“Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” katanya sambil menyertakan emoji tangan sedang berdoa.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi pada 2021.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
Baca: Terkejut bila tahu kenapa China tak pernah kalah dalam Olimpik, atlet terjun kongsi rahsia