Rupanya not RM2 memang wujud, tapi kenapa sampai sekarang memang susah nak jumpa…

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang kertas RM2 bermula pada tahun 1996 yang berlatar belakangkan motif menara Kuala Lumpur dan setelit dalam reka bentuknya,

RM2 juga dilengkapi dengan ciri-siri keselamatan terkini diantaranya menggunakan “Micro-Letterings” bagi tulisan “BANKNEGARAMALAYSIA” dan “Perfect See-Through Register” bagi imej bunga raya.

Wang kertas ini ditandatangani oleh 2 orang Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don dan Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman.

RM2 First Prefix bersiri nombor AAxxxxxxx dikeluarkan pada tahun 1996 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don.

ZAxxxxxxx, ZBxxxxxxx dan ZCxxxxxxx merupakan siri nombor untuk wang kertas RM2 gantian, sebenarnya adalah siri ke-8 wang kertas yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don selain wang kertas RM10 dan RM50.

Tandatangan bagi wang kertas keluaran siri ke-8 adalah berbeza kerana tandatangannya diletak pada sisi bawah penjuru kiri muka depan wang kertas RM2 (melintang) sila lihat RM2 yang disertakan;

First Prefix AA – AZ
Prefix BA – BZ
Prefix CA CZ
Last Prefix DA – DF

RM2 keluaran siri ke-9 pula ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, pengelurannya pula adalah pada tahun 1999 dengan First prefix DF dan Last prefix DJ manakala siri wang kertas gantiannya ZDxxxxxxx.

Tandantangannya pula adalah sama dengan wang kertas RM2 keluaran 1996 iaitu disisi bawah penjuru kiri muka depan wang kertas (melintang).

Pada tahun 1999 juga bank negara Malaysia memgeluarkan RM2 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Beza wang kertas RM2 siri ke-10 adalah cuma kedudukan tandatangannya berbeza kerana berada ditengah sebelah bawah muka hadapan wang kertas;

First Prefix DJ – Last Prefix DY

Tak kisah korang simpan keluaran yang mana satu pun, janji ada koleksi wang kertas RM2, bukan apa susah nak dapat sekarang sebab keluarannya sudah lama di hentikan, kalau ada pun keadaannya pun tak memuaskan.

So, kalau korang ada RM2 ni simpanlah baik-baik untuk tatapan generasi masa hadapan.

Koleksi aku dah lengkap, sekarang ni aku tengah melengkapkan koleksi wang kertas RM2 gantian, diantara wang kertas RM2 gantian yang susah hendak dapat dan bernilai tinggi adalah RM2 keluaran siri ke-8 dan siri nombornya bermula ZBxxxxxxx,

Wang kertas RM2 gantian inilah yang bernilai paling tinggi.

Baca juga: Gaji RM14.7 juta seminggu, minta kereta mewah, tiga sauna dan jet peribadi-Pemain Brazil berhijrah ke Arab Saudi