Pasti ramai yang tidak tahu apa maksudnya di sebalik pulut kuning yang sering disajikan oleh orang tua zaman dahulu bukan?
Pulut kuning juga disajikan ketika hari kelahiran, berkhatan, cukur jambul, khatam quran dan kenduri kesyukuran.
1. Beras merupakan makanan ruji orang Asia beribu tahun lamanya. Sebagai sumber makanan utama, ia dipandang sebagai kecukupan rezeki, kemakmuran, syukur-nikmat kehidupan.
2. Beras pulut juga adalah antara yang termahal di pasaran. Ia menjadikan pulut sebagai juadah istimewa yang dinikmati semua peringkat umur dan taraf sosioekonomi.
Ia adalah seperti kita menikmati KFC pada zaman kanak kanak jika mahukan perumpamaan. KFC adalah juadah yang agak mahal kerana itu kita jarang dapat menikmatinya. Samalah seperti pulut kuning.
3. Tekstur pulut kuning yang melekit disamakan dengan hubungan akrab persaudaraan. Pulut kuning menjadi alat sebagai:
- Hadiah kepada jiran tetangga. Dalam keraian, jiran-jiran menghulurkan juadah kepada tuan rumah(hari ini kita panggil potluck), tuan rumah membalas dengan memberikan pulut kuning yang dikepal di dalam daun pisang.
- Dalam temuramah bersama orang-orang lama yang dilakukan oleh Shuhirdy et. al., mereka berkongsi kenangan manis dari zaman kecil tentang betapa seronoknya berkumpul bersama rakan-rakan untuk menikmati makanan tradisional Pulut Kuning. Mereka bercerita bahawa pada zaman dahulu, Pulut Kuning dianggap sebagai juadah istimewa yang biasanya hanya disajikan di istana atau rumah orang kaya.
“I remembered during childhood, my siblings and I enjoyed the Pulut Kuning during our circumcision. We shared this special food with other kids who encouraged and console us during the ceremony. Well, we become close to each other…that’s the best moment and Pulut Kuning to me signifies the heartfelt blessings.”
Dalam istiadat Makan Berhadap, pulut kuning menjadi pendahulu makanan. Ia menjadi simbolik ‘pemula’ ikatan kasih sayang.
Hari ini keraian dengan menghidangkan pulut kuning dilihat telah makin pupus kerana ramai yang tidak mengetahui cara-cara memasak pulut kuning lebih-lebih lagi generasi zaman kini.
Baca juga: Abby Abadi bengang netizen bandingkan anak, jawab persoalan jarang tonjol adik Marissa