Rupanya surat MP BN sokong Muhyiddin adalah palsu semata-mata

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata tidak dapat mengulas lanjut mengenai surat mengatakan Ahli Parlimen BN menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya dihubungi oleh pelbagai pihak dan media untuk mengesahkan surat tidak berlogo dan bernama yang tersebar sejak semalam berkaitan dengan Ahli-ahli Parlimen BN.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara ini memandangkan kesahihan surat tersebut tidak dapat disahkan dan tiada pihak yang tampil untuk mengaku bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Malah katanya, tiada pihak tampil bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Pejabat Setiausaha Agung BN hanya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi yang diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan persetujuan bersama di kalangan pimpinan utama BN.

“Amalan kesatuan dan perpaduan di kalangan Ahli-Ahli parlimen BN dalam menentukan sebarang keputusan bersama tetap terpelihara,” tambahnya.

Justeru tegas beliau, sebarang langkah dan tindakan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan menimbulkan keraguan dan perpecahan di kalangan BN amat dikesali.

– Astro Awani