Setiap usahawan memerlukan modal yang besar untuk memastikan perniagaan lancar dan dapat memenuhi permintaan pembeli.
Semakin besar perniagaan semakin banyak duit yang dilabur dan kadangkala untuk menarik pembeli mulalah menayangkan kehidupan mewah di media sosial.
Menurut Kisah Dunia, seorang wanita mendedahkan kisah suaminya yang juga seorang usahawan dan memaklumkan kisah hutangnya.
“Saya tak pasti nak meluah macam mana dan di mana. Saya seorang isteri kepada penghutang. Suami ada perniagaan dan kalau sebut jenama dia mesti semua kenal.
Iklan kami ada di papn iklan gergasi di lebuh raya, produk terjual beribu-ribu unit sejak lebih tujuh tahun. Orang ingat kami hidup senang pada hakikatnya kami hidup susah.
2022 bermula kesengsaraan
Hidup makin tersepit sejak tahun 2022. Tapi waktu tu tak begitu terasa lagi kesusahan. Masuk 2023 hutang suami makin tak terkawal. Semua loan bank, kad kredit (ada tiga bank) digunakan untuk tanggung perniagaan dia.
Sampai dia jual kereta kedua kami (dah habis bayar) untuk perniagaan dia juga. Sesen pun tak tinggal untuk back-up anak isteri.
Jumlah kad kredit semua dalam RM160k, belum campur loan kawan-kawan, perniagaan dan pinjama peribadi yang bernilai ratusan ribu.
Sejak setahun lalu, kerjanya gali lubang, tutup lubang. Untuk diri sendiri memang tak dapat apa. Rumah bulanan bayar RM3500, kereta tinggal satu sahaja yang kena bayar RM1700.
Hidup sebelum ni dah terbiasa senang. Makan pakai yang mahal-mahal, melancong sana sini, Jadi kami agak buntu memikirkan macam mana nak selesaikan hutang ni.
Tidur tak lena, bank cari setiap masa
Tidur tak lena hari-hari bank call, dari pagi sampai ke malam. Kualiti time dengan anak isteri pun terjejas, hidup nampak kusut sangat memikirkan hutang.
Bulan ni adalah bulan pertama kami tertunggak bayar cc, loan bank, rumah dan kereta sebab masalah stok lewat sampai; tiada stok = tiada duit.
Sebelum ni walau susah macam mana dan lewat bayar tapi kami tak pernah sampai tertunggak bulanan.
Saya bekerja sendiri, pendapatan tidaklah setinggi suami sebelum ni. Setakat RM2k sahaja lebih kurang, sejak suami tak lagi ada gaji (dah setahun, tiada gaji tiada epf).
Memang duit jualan say selalu habis untuk bagi kami anak beranak makan minum minyak kereta saja.
Baju, handbag berjenama, barang kemas semuanya dah habis saya jual. Ada la tiga ke empat barang suami bagi hadiah saya masih simpan. Yg lain memang saya pajak gadai dan jual.
Nampak macam suami hampir putus asa, saya sedaya upaya cuba semampu boleh untuk bantu dia.
Dari awal kahwin sy memang tak biasa kerja, suami manjakan saya dengan wang ringgit. Baru beberapa bulan ni saya mula berniaga semula.
Alhamdulillah nampak perniagaan saya makin okay cuma nak ke tahap pendapatan yang mampu tanggung semua tu memang rasanya terlalu lambat lagi.”
Tambahnya dalam hantaran tersebut suaminya adalah seorang yang baik kerana mahu membahagiakan keluarga dan tidak mahu komen negatif jadi terpaksa buang sesetengah bahagian.
“Ada sesetengah bahagian dibuang atas sebab-sebab tertentu, terutamanya bila ada yang mula mengecam kami atas beberapa ayat saya.
“Ada yang kata saya gila duit, nak bila suami kaya, benda negatif begini saya tak nak sampai suami baca. Tak bagus untuk mental.
Tak sampai hati saya, suami saya orangnya sangat-sangat baik hati,” tambahnya.
Baca: Facebook ‘turunkan’ artikel pertemuan Hamas dengan Anwar, ini respon Menteri Komunikasi