Sabri Yunus tak kejar gelaran Datuk

Sabri Yunus tak kejar gelaran Datuk meskipun ramai rakan artis yang menerima gelaran tersebut.

Pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus tidak pernah terfikir langsung ataupun mengharapkan dirinya mendapat gelaran tersebut selain mengakui susah untuk menggalas gelaran tersebut.

Pelakon berusia 61 tahun itu berkata dia bersyukur dengan dua anugerah pingat diterima sebelum ini iaitu dari Istana Pahang pada 2004 dan Istana Kelantan (2014).

“Apa nama pingatnya, biarlah saya saja yang tahu tapi Alhamdulillah, syukur. Dah ada dua pingat itu, bagi saya amat bermakna untuk dijadikan kenangan. Manakala gelaran Datuk, memang saya tak fikir pun.

“Saya juga tidak pernah ditawarkan lagi gelaran itu (Datuk) daripada mana-mana negeri setakat ini. Pada saya, rasa susah juga nak menggalas gelaran itu nanti.

“Jadi, cukuplah dengan dua pingat yang diterima dari istana itu,” katanya.

Dalam pada itu, Sabri turut mengakui bimbang jika dirinya menjadi ‘orang lain’ jika mendapat gelaran berkenaan. Ujarnya lagi, gelaran tidak menjadi keutamaannya.

“Tapi, kalau nak beri saya kemudahan-kemudahan bekerja dan berkarya, saya memang naklah. Jika ada kerajaan nak beri tanah atau tempat untuk mudahkan saya bekerja itu lebih utama daripada gelaran.

“Kalau gelaran Datuk itu, hanya untuk saya seorang. Tapi, jika dapat kemudahan tempat bekerja, lokasi dan dana, ia boleh saya kongsi dengan ramai orang untuk berkarya.

“Gelaran bukan keutamaan pada saya,” jelasnya.

Baca Juga: Lakonan bukan lagi punca utama pendapatan, Rosnah tumpu pada perniagaan

Baca Juga: Siti Nurhaliza ‘tawan’ Twitter selepas masuk senarai ke-27 penyanyi di dunia terima paling banyak anugerah